Penggunaan Akuarium, SELAMAT atau TIDAK?

Pada bulan ramadhan yang lepas, pelbagai makanan dan minuman dijual oleh para peniaga dan antaranya adalah “Air Balang”. Ia merupakan air minuman yang dijual di dalam bekas plastic yang berbentuk bulat atau berbentuk seperti balang kecil. Ia telah menjadi trend dalam penjualan minuman dan menjadi popular di kalangan peniaga dan pembeli. Disebabkan ada banyak persaingan di antara para peniaga, sesetengah peniaga mengambil langkah yang unik dalam melariskan jualan mereka dan antaranya adalah mereka bertindak menggunakan akuarium sebagai bekas air balang bagi menghasilkan keunikan jualan mereka. Hal ini telah menarik perhatian orang ramai dan turut menjadi topik atau isu yang hangat diperbincangkan di media sosial dan media massa. 

Untuk pengetahuan pembaca, penggunaan akuarium sebagai bekas makanan untuk tujuan jualan adalah dilarang sama sekali mengikut kepada Peraturan 31 di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Food Regulations 1985). 

“Penggunaan bekas bukan tujuan untuk makanan adalah dilarang”

Tiada seorang pun boleh menggunakan, atau menyebab atau membenar supaya digunakan, dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan untuk jualan apa-apa makanan, apa-apa bungkusan, perkakas, bekas atau bejana yang telah digunakan atau bertujuan hendak digunakan bagi hasil bukan makanan.

Hal ini kerana, akuarium direka khas untuk memelihara ikan dan penggunaannya yang tidak wajar boleh membawa kepada masalah kesihatan. Akuarium biasanya diperbuat daripada kaca, akrilik, atau plastik yang mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates. Bahan-bahan ini berkemungkinan boleh larut dalam dan mencemarkan air minuman tersebut yang boleh membawa kepada kesan negatif kepada kesihatan pengguna. Oleh itu, kita tidak kira sama ada sebagai peniaga perlu mengelakkan penggunaan akuarium atau bekas-bekas yang bukan bertujuan makanan untuk digunakan dalam jualan atau hidangan makanan, demi menjaga keselamatan dan kualiti makanan kita. 

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa mengawasi penjualan makanan, termasuk minuman, yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan keselamatan makanan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri di kawasan anda. Anda juga boleh mencari maklumat lanjut di laman web rasmi KKM di http://moh.spab.gov.my/ atau melalui laman Facebook BKKM di http://www.facebook.com/bkkmhq

Kami juga daripada Humaira Global Management & Services PLT ingin mengingatkan penjual dan pengguna untuk memberi perhatian serius kepada kebersihan dan kualiti makanan yang dijual. Kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting untuk memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk kita semua. 

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Hi! Boleh kami bantu?