Definisi belalang
Secara ringkasnnya, belalang ialah serangga yang boleh melompat kira-kira sejauh 20 kali panjang badannya. Badan belalang mempunyai tiga bahagian utama iaitu; (1) kepala, (2) toraks dan (3) abdomen. Banyak belalang hidup di padang dan padang rumput yang terdapat banyak daun untuk dimakan.
Hukum memakan belalang
Hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata:
Maksudnya: Aku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan) (Sahih Muslim (1952), Sunan Abi Dawud (4357), Sunan al-Nasa’ie (4357)
Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang. (Sunan Ibn Majah (3218)
Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana kedua-dua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72). Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana keduadua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur.
(Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72)